Thursday 12 July 2012

Mengalir air mata ini




Video ini aku temui ketika aku mencari-cari perbincangan berkenaan Fadhilat Syaaban beberapa hari sebelum Nisfu Syaaban yang lalu di laman web Minda Tajdid milik Dr. Asri Zainul Abidin. Aku terpandang pada VIDEO PILIHAN di web tersebut dan terasa nak menonton. Pertama kali sahaja aku menonton, air mataku mula minitis pada beberapa kata-kata yang benar-benar menyentuh kalbu. Aku ulang lagi dan lagi dan lagi. Sehingga ke hari ini aku tak pasti sudah ke berapa puluh kalinya aku ulang. Yang pastinya aku masih tidak merasa jemu....




Ada beberapa point dari kata-kata yang disampaikan beliau yang menyentuh hatiku.
Antaranya:-


  • Islam menyuruh manusia tutup aib dia dan baiki diri bila-bila masa saja. Istighfar dan mohon ampun kepada Allah. Allah membuka pintu keampunan pada waktu siang untuk manusia yang berbuat dosa pada waktu malam dan Dia juga membuka pintu keampunan pada waktu malam untuk manusia yang berbuat dosa pada waktu siang.
  • Allah mengatakan : wahai hambaku, jika dosamu itu sampai ke langit, kemudian engkau beristighfar pohon keampunan, aku ampunkan engkau, AKU TIDAK PEDULI. Hamba itu tahu dia ada tuhan yang boleh ampunkan dia dan bertindak padanya.
  • Hadith : " Kamu berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin doamu akan diterima. Ketahuilah Allah tidak akan menerima doa dari hati yang lalai dan alpa" 
  • Surah Al-Baqarah ayat 186 : Apabila hamba-hambaku bertanya engkau wahai Muhammad tentangku, maka sesungguhnya aku dekat....Aku menyahut doa orang yang berdoa kepadaku hendaklah mereka menyahut seruanku dan beriman kepadaku...mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk
  • Cuma apabila Allah memperkenankan sesuatu hajat, DIA MEMPERKENANKAN DALAM PELBAGAI RUPA.
  • Iblis minta supaya dipanjangkan hayatnya sehingga kiamat, Tuhan perkenan permintaan iblis itu padahal derhaka betul iblis itu. TAKKANLAH HAMBANYA YANG SEMBAHYANG DIA TAK BAGI TENTU DIA BAGI.
  • AJAIBNYA DOA...entah berapa banyak dalam hidup kita dari satu kesusahan ke satu kesusahan yang telah kita keluar dan pada hari yang yang kita berada dalam kesusahan itu dan kita berdoa, kita sangka yang kita tidak boleh keluar, pada hari ini kita dapati berapa kesudahan yang kita rentasi dan kita pun sudah melupai SEBAHAGIAN BESAR DOA YANG KITA SEBUT

p/s : syabas kepada hamba Allah yang membikin video ini. Semoga usaha anda mendapat ganjaran dari Allah s.w.t

Friday 6 July 2012

Bismillahirrahmanirrahim.....

Ini adalah satu permulaan perkongsian cerita, rasa, suka, duka diri dalam perjalanan menuju Pencipta.

Semoga blog ini dapat memberi manfaat buat diri dan insan lain.
Insyaallah.